Friday, January 9, 2009

Jahanam kau!!



Aku pelik.
Kenapa ada lagi kamo-kamo yang sibuk nak cerita tentang diri masing-masing walhal ada lagi cerita yang lebih bombastik dari cerita kamo-kamo sekarang ni??

Ahh!!
Aku dah tahu ayat apa kamo nak bidas entri aku! Simpan sahaja kata-kata kamo sekiranya kamo hendak mengatakan dunia blogger ini terletak pada diri kamo untuk sesuka hati membuat apa jua entri.

So what??
Kalau begitu, aku juga berhak membuat entri sesuka hati aku. Aku juga berhak menentukan apa isi kandungan yang aku rasa nak postingkan.

Entri kali ini aku menjahamkan kamo-kamo yang berasa diri di tahap keselesaan yang lupa pada saudara kita di GAZA. Apa?? Kamo rasa kamo di tahap yang selesa di rumah kamo layak ker digelar manusia yang ada belas kasihan bila mementingkan diri bercerita tentang hal-hal kamo demikian dan sekian??

Ohh.. Aku dah agak apa postingan kamo ketika ini. "hari ni aku mkn itu dan ini.. AKu bergaduh dengan sipolan dan sipolan.. Aku marah pada sipolan dan sipolan.. Aku jalan-jalan ke sana dan kesini.. Aku sedih.. Aku gembira.. Dan ribuan lagi entri kamo disana yang aku anggap sampah jika kamo menepikan nasib saudara kita di SANA.

Marahlah aku sekiranya entri aku begitu menjahamkan semua kamo. Maki dan caci kamo aku tunggu sekiranya kamo merasakan aku tipu. Bekata tanpa panduan pada masa dan keaadaan yang betul pasti membuatkan kamo menerima padah pada suatu masa.

Sekiranya kamo merelakan saudara kita diratah anjing-anjing jahanam Israel. Maka kamo juga layak digelar anjing yang jahanam!! Aku tidak mengatakan aku layak digelar pejuang agama, bahkan tidak sama sekali. Tapi aku masih punya hati untuk peduli nasib saudara kita yang bergelar manusia.


Sunday, January 4, 2009

Dua Budak baik

Entri pertama aku untuk tahun ni.
Dengan bangganya aku nak korang semua tahu.
sepanjang aku bernafas di tahun 2008 yang jauh dari korang.
Wujud dua budak yang aku amat terhutang budi dengan diorang.

Mamat dua orang ni yang banyak tolong aku dowh!!
Korang memang rock la!!
Korang tolong aku kenapa hah??
Aku bukan baik sangat pon.. Hehe..

Apa-apa pon..
Macam tu la kawan kan??
Susah senang korang ada je menyibuk kat aku.. Hehe..

Aisyeh.. Lupa lak aku..
Anyway, thanks for all visitors yeah!!
Lambat plak aku nak wish happy new year kt korang..
Maafin gue ya semua..

Haa..
Bagi menunjuk-nunjuk rasa terhutang budinya aku kat dua
mamat yang selalu tolong aku neh..
Aku promo pi la diorang kat sini..
Lagi pon mamat dua orang neh mangsa photo art aku..
Kire male model aku untuk tahun 2008 laa...

Untuk tahun ni??
Hehehe... sesape yang berminat nak jadi mangsa
Experimental Photographer aku..
Sila la daftarkan diri sebelum pertengahan bulan depan dowh!!
Hahaha...

Aku panggil dia hakim jer..
umurnya 23 tahun. tinggi 163cm.
berat 58kg. Status: Single lagi kot.. Haha..
Dia selalu tolong aku kalau aku ada masalah ngan pak arab dowh!!
Hakim!! lu memang rock!! tolong la aku lagi dowh!! hehe..

Die ni hasan.. umur 25 dah tahun nie..
Dah tua la ko neh.. hehe.. Tinggi 170 cm.. Beratnya 73kg.
Status: Aku tak tau ler.. Yang pasti peminatnya ramai dowh!! Haha..
Dia ni tahu je bila poket aku tengah kering.. Hehe..
Ko memang best la hasan!!