Aku pelik. Kenapa ada lagi kamo-kamo yang sibuk nak cerita tentang diri masing-masing walhal ada lagi cerita yang lebih bombastik dari cerita kamo-kamo sekarang ni??
Ahh!! Aku dah tahu ayat apa kamo nak bidas entri aku! Simpan sahaja kata-kata kamo sekiranya kamo hendak mengatakan dunia blogger ini terletak pada diri kamo untuk sesuka hati membuat apa jua entri.
So what?? Kalau begitu, aku juga berhak membuat entri sesuka hati aku. Aku juga berhak menentukan apa isi kandungan yang aku rasa nak postingkan.
Entri kali ini aku menjahamkan kamo-kamo yang berasa diri di tahap keselesaan yang lupa pada saudara kita di GAZA. Apa?? Kamo rasa kamo di tahap yang selesa di rumah kamo layak ker digelar manusia yang ada belas kasihan bila mementingkan diri bercerita tentang hal-hal kamo demikian dan sekian??
Ohh.. Aku dah agak apa postingan kamo ketika ini. "hari ni aku mkn itu dan ini.. AKu bergaduh dengan sipolan dan sipolan.. Aku marah pada sipolan dan sipolan.. Aku jalan-jalan ke sana dan kesini.. Aku sedih.. Aku gembira.. Dan ribuan lagi entri kamo disana yang aku anggap sampah jika kamo menepikan nasib saudara kita di SANA.
Marahlah aku sekiranya entri aku begitu menjahamkan semua kamo. Maki dan caci kamo aku tunggu sekiranya kamo merasakan aku tipu. Bekata tanpa panduan pada masa dan keaadaan yang betul pasti membuatkan kamo menerima padah pada suatu masa.
Sekiranya kamo merelakan saudara kita diratah anjing-anjing jahanam Israel. Maka kamo juga layak digelar anjing yang jahanam!! Aku tidak mengatakan aku layak digelar pejuang agama, bahkan tidak sama sekali. Tapi aku masih punya hati untuk peduli nasib saudara kita yang bergelar manusia.
No comments:
Post a Comment